EUR/USD Sambung Corak Penurunan Menjelang Laporan NFP AS

320

US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan pada dagangan Rabu semalam walaupun sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini mula mereda selepas wakil Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi sudah berlepas meninggalkan Taiwan.

Menyokong pengukuhan US dolar, spekulasi untuk Federal Reserve (Fed) mengekalkan kenaikan 75 mata asas kadar faedah menjadi tumpuan berikutan beberapa pegawai Fed berpandangan bahawa bank pusat masih belum boleh menghentikan pengetatan dasar yang agresif sebelum ini.

Di samping itu juga, data tinjauan untuk sektor perkhidmatan AS yang diterbitkan pada sesi New York semalam dinilai baik menyusuli bacaan untuk sektor pembuatan di awal minggu, memberi isyarat bahawa ekonomi AS menyerap tekanan kemelesetan.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga mengekalkan corak penurunan pada Rabu semalam selepas terjunan ketara dipaparkan pada Selasa lalu.

Isyarat bearish untuk harga dengan pergerakan di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam mencetuskan jangkaan untuk penurunan lebih rendah menuju penghujung minggu.

Harga telah susut melepasi paras 1.01600 mencatatkan paras terendah harian di sekitar 1.01220 pada sesi New York semalam namun dilihat melantun semula menutup dagangan penghujung sesi di sekitar 1.01600 kembali.

Penurunan harga yang lebih rendah dijangkakan untuk menuju ke paras 1.0100 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut dan pelabur akan menilai reaksi harga bagi petunjuk pergerakan selanjutnya.

Penurunan lanjut untuk pergerakan bearish yang diteruskan dilihat akan kembali mencecah semula zon support pada 1.0000.

Sebaliknya jika harga membuat kenaikan melepasi halangan MA50, rintangan pada 1.02400 bakal menjadi tumpuan untuk diuji semula.

Kenaikan yang diteruskan memasuki zon rintangan penting akan dinilai sebelum harga yang melepasi paras 1.03000 bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu dengan sasaran seterusnya untuk menuju ketinggian 1.04000.

Pelabur bakal berwaspada menantikan terbitan laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat yang bakal mempengaruhi pergerakan harga.

Lihat gambar carta pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat