EUR/USD Sambung Lagi Terjun 130 Pips Menjelang NFP

255

US dolar dilihat terus mengekalkan corak pengukuhannya pada dagangan Khamis semalam walaupun terbitan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) minggu lalu meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan.

US dolar tidak memberi reaksi yang negatif ketika data diterbitkan pada awal sesi New York semalam, sebaliknya dilihat menyambung pengukuhan ke penghujung sesi.

Namun, pelabur akan lebih berwaspada pada hari ini menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang turut akan menjadi tumpuan bank pusat, Federal Reserve (Fed).

Fed secara majoriti masih memberi isyarat untuk meneruskan pengetatan dasar monetari yang agresif, malah ada yang menyatakan keperluan menaikkan kadar faedah sehingga 125 mata asas untuk menurunkan kadar inflasi.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga mengekalkan corak penurunan selepas isyarat perubahan trend pada Rabu lalu ketika kenaikan gagal melepasi zon pariti 1.0000.

Pergerakan pada trend bearish dipaparkan selepas kenaikan awal di sesi Asia semalam dilihat gagal melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut sebelum harga memaparkan sekitar 130 pips penurunan harian.

Harga telah membuat penurunan dari paras 0.99200 sehingga ke paras jangkaan 0.98000 di penghujung sesi New York sebelum pergerakan harga mendatar perlahan di sekitar tersebut pada dagangan yang bersambung di awal sesi Asia pagi ini.

Dengan corak bearish yang telah dipaparkan, harga berkemungkinan lebih cenderung untuk menyambung penurunan lanjut dengan sasaran seterusnya adalah pada sekitar 0.97000.

Jika paras tersebut juga turut dilepasi, zon support utama pada 0.95500 yang dicecah minggu lalu akan menanti harga untuk penurunan yang diteruskan.

Sebaliknya, jika harga berjaya melonjak dari zon semasa 0.98000, menjadi sokongan terbaru untuk melantunkan semula harga, paras tumpuan sekitar 0.99000 bakal dicapai semula sebelum isyarat perubahan trend akan dinilai.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan kembali mensasarkan semula pada rintangan zon pariti 1.0000 yang gagal ditembusi pada dagangan awal minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat