EUR/USD Seakan Sedang Memberi Rentak Yang Lebih Ketara?

525

Matawang USD kembali membuat cubaan dalam mengekalkan takhta sebagai raja matawang selepas memperoleh sokongan daripada peningkatan hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS).

Akan tetapi USD masih memperlihatkan pengumpulan data yang bercampur setelah penerbitan data NFP AS yang suram meskipun Federal Reserve (Fed) sudah bersedia melaksanakan langkah tapering.

Tumpuan pelabur kini akan terarah kepada penerbitan data harga pengguna di AS yang serba sedikit memungkinkan jangkaan bakal menyokong isyarat hawkish yang disampaikan oleh Fed baru-baru ini.

Sekali lagi harga pada carta pasangan matawang EUR/USD tampaknya hanya menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada sesi New York Isnin sebelum kembali memapar penyusutan semula.

Penyusutan tersebut juga dilihat masih lagi disekat oleh zon SBR (support become resistance) 1.13000 daripada terus melonjak untuk kembali menjunam sehinggalah telah pun melepasi trendline support.

Faktor-faktor berkenaan secara tidak langsung berkemungkinan boleh mendorong pergerakan harga untuk kekal papar junaman yang mana pada hari ini (Selasa) harga seakan sedang membuat reversal.

Jikalau corak reversal yang dipaparkan itu valid, maka pelabur berkebarangkalian akan menjangkakan harga pada carta EUR/USD mungkin akan terus jatuh yang dijangka mencecah zon sokongan 1.12000.

Momentum yang lebih agresif pula bakal menyaksikan pergerakan harga menjejaki ke paras terendah sekitar 1.11900 yang kemudiannya paras terendah yang terbaharu mungkin akan mampu tercipta lagi.

Manakala sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan, zon SBR 1.13000 sudah semestinya bakal menjadi sasaran untuk dicapai setelah zon itu sering kali mengekang lonjakan harga daripada berlaku.

Demikian zon SBR yang seterusnya pada 1.14000 mungkin akan dijadikan sebagai zon yang akan diuji jika harga mampu menembusi zon SBR tersebut yang turut bakal memberi isyarat awal trend bullish.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat