Hari yang dinantikan sudah tiba!
Debaran menjelang terbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar Amerika Syarikat (AS) serta keputusan terhadap mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini (Khamis) tampaknya makin dirasai.
Kenyataan dovish ECB sebelum ini terus menguatkan jangkaan bahawa bank pusat itu dijangka bakal mengekalkan dasar polisi manakala data GDP akan menjadi petunjuk kepada pertumbuhan ekonomi AS.
Hasil perbendaharaan AS dilihat jatuh sehingga mencapai paras 1.5% untuk heret matawang USD lemah namun sebagai matawang safe-haven, USD kekal bertahan ekoran sentimen pasaran yang agak berisiko.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-boc-buat-kejutan
Jika diperhatikan kepada carta pasangan matawang EUR/USD nampaknya trend harga kembali melonjak sebelum menjunam semula pada sesi New York semalam (Rabu) dan kekal bergerak secara mendatar.
Pergerakan harga juga masih terus bergelora serta berlegar-legar di paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam dan terus didagangkan di zon SBR (support become resistance) 1.16000.
Memasuki ke sesi Asia hari ini (Khamis) menuju ke penutupan dagangan pada minggu ini, harga sedikit melonjak dan bakal menantikan penerbitan data pada malam ini untuk pergerakan yang lebih rancak.
Andai kata trend pergerakan harga kembali membuat terjunan berkemungkinan paras terendah 2021 yang dicatatkan pada pertengahan Oktober pada 1.15300 akan terus menjadi zon tumpuan untuk diuji.
Paras terendah terbaharu dijangka akan tercipta lagi jika harga terus menyusut yang berkebarangkalian bakal mencecah ke zon sokongan 1.15000 yang paling sukar ditembusi pada sesi dagangan sebelum ini.
Sekiranya corak pergerakan harga kembali terbang semula, paras tertinggi 1.16700 yang sering kali mengekang lonjakan harga untuk sekali lagi dicapai sebelum mendaki tinggi ke zon rintangan 1.17000.
Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG