EUR/USD Semakin Menunjukkan Penurunan Menjelang Mesyuarat ECB

550

Berbanding US dolar, mata wang Euro dilihat bergerak lemah sepanjang minggu ini dengan tumpuan pasaran pada Khamis terarah pada persidangan Kesatuan Eropah (EU) serta mesyuarat polisi monetari bank pusat Eropah.

Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde telah memberi petunjuk jelas pada minggu lalu terhadap suntikan dana rangsangan lebih besar melalui program PEPP dan lebih banyak subsidi pinjaman jangka panjang untuk bank-bank akan dibentuk untuk menjadi tunjang polisi.

Sementara US dolar mula menunjukkan tanda-tanda untuk mengukuh semula dalam pasaran selepas bergerak lemah sehingga minggu lalu.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah menunjukkan pergerakan mendatar sejak awal minggu selepas kenaikan minggu lalu telah mencapai paras ketinggian 1.21800.

Setelah membuat penuruna, harga bergerak mendatar di bawah paras 1.21500 sehingga penurunan melepasi paras RBS (resistance become support) 1.20900 pada Rabu telah memberi petunjuk trend bearish.

Harga dilihat akan menguji semula paras 1.20900 sebelum menyambung penurunan lebih rendah minggu ini berkemungkinan menuju zon RBS 1.20000.

Sebaliknya jika kenaikan harga berjaya melepasi paras 1.20900 dan juga paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, pelabur akan bersedia untuk perubahan trend bullish harga semula.

Kenaikan harga akan menguji semula zon resistance 1.21500-1.21800 sebelum kenaikan lebih tinggi akan mencatatkan paras ketinggian terbaru April 2018.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat