EUR/USD Sempat Capai Paras Tertinggi Terbaru, Tapi Terjun Semula Sebab Powell

130

Menepati ramalan apabila kedua-dua bank pusat Federal Reserve (Fed) menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas masing-masing ke paras 4.50% dan 2.50%.

Selepas mesyuarat FOMC, US dolar dilihat gagal memaparkan arah yang jelas apabila pada mulanya mengukuh sebentar sebelum melemah semula.

Pergerakan pasaran yang perlahan bersambung di sesi Asia Khamis semalam menyaksikan US dolar sedikit mengukuh, dan pengukuhan lebih ketara dapat disaksikan di sesi New York semalam dipacu oleh komen hawkish Pengerusi Fed, Jerome Powell.

Euro berjaya paparkan pengukuhan sementara ketika reaksi terhadap keputusan mesyuarat bank pusat Eropah (ECB) disusuli petunjuk untuk langkah tapering bagi program pembelian aset.

Namun, pengukuhan Euro gagal bertahan lama apabila US dolar dilihat lebih mendominasi pasaran sehingga ke penghujung sesi New York memberi tekanan semula kepada mata wang Eropah tersebut.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga pada mulanya menyusut secara perlahan menuju ke zon RBS (resistance become support) 1.06000 sebelum berlaku lonjakan di awal sesi New York.

Paras ketinggian terbaru berjaya dicatatkan namun zon 1.07000 dilihat menjadi penghalang harga dan kemudiannya menyaksikan harga menjunam kembali sekitar 130 pips ke zon RBS 1.06000 semula.

Ada lantunan lemah diperlihatkan ketika dagangan menghampiri penghujung sesi New York dan bersambung ke sesi Asia pagi ini (Jumaat) dan paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD diuji harga.

Menjadi indikator awal bagi perubahan trend harga, sekiranya harga meningkat lebih tinggi melepasi halangan tersebut, zon 1.07000 bakal menjadi sasaran penting untuk diuji sekali lagi.

Kenaikan lebih tinggi jika berjaya diteruskan akan mendorong harga menuju ke sasaran seterusnya pada 1.08000 untuk catatan paras tertinggi terbaru 6 bulan.

Sebaliknya, jika harga susut lebih rendah seandainya US dolar terus mengekalkan pengukuhannya, zon 1.06000 yang kini menjadi sokongan buat harga berkemungkinan akan ditembusi.

Harga dijangka untuk susut lebih rendah menuju pula zon tumpuan pada 1.05000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat