EUR/USD Susut Dari Paras Tertinggi 12 Minggu, Namun Penurunan Belum Jelas

601

Mata wang Euro menyusut pada dagangan Khamis semalam selepas mencapai paras tertinggi 3 bulan berbanding US dolar berikutan kebimbangan terhadap peningkatan kes jangkitan Coronavirus di Eropah.

US dolar kekal pamerkan prestasi suram pada minggu ini dengan sentimen vaksin Coronavirus dan juga data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur.

Namun penyusutan US dolar dilihat tidak begitu ketara dan lebih mendatar dengan pelabur masih berwaspada jika terdapat risiko baru tercetus dalam pasaran untuk pelabur bersedia membeli US dolar semula.

Pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam melihatkan harga yang telah mencatatkan paras ketinggian terbaru 12 minggu pada sekitar 1.19400 kembali membuat penurunan semula ke zon RBS (resistance become support) 1.19000.

Gagal meneruskan penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut, harga kembali bergerak naik semula untuk menutup dagangan sesi New York di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga di carta EUR/USD.

Penganalisis melihat situasi tersebut memberi isyarat untuk harga kekal meneruskan kenaikan selagi zon RBS 1.19000 gagal ditembusi harga.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan sehingga ke paras ketinggian 1.20000 selepas harga berjaya melepasi zon tumpuan sekitar 1.19500.

Namun jika harga berjaya lolos lebih rendah di bawah paras 1.19000, paras sokongan 1.18000 pada zon RBS sebelum ini akan kembali menjadi tumpuan.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat