EUR/USD Susut Hampir $1.1000, Harga Terendah Sejak Mei 2020

545

Laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) bakal menjadi tumpuan pelabur pada hari ini (Jumaat) untuk menilai pergerakan harga bagi mata wang US dolar.

Namun tumpuan terarah sebentar pada perkembangan krisis perang Rusia-Ukraine yang kembali hangat pada sesi Asia pagi ini sehingga mata wang safe-haven mula mengukuh.

Dilaporkan serangan berlaku di loji kuasa nuklear di Ukraine oleh tentera Rusia menunjukkan serangan masih belum dihentikan walaupun dalam fasa rundingan.

Menterik Luar Ukraine mendesak Rusia untuk menghentikan serangan bagi membenarkan pihak bomba memadamkan kebakaran di loji kuasa nuklear terbesar Eropah itu.

Ekoran sentimen pasaran kembali berisiko, penurunan harga lebih jelas dilihat berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD selepas corak penurunan sudah mula dipamerkan pada Khamis semalam walau dalam kadar yang perlahan.

Harga kekal bergerak dalam trend bearish dengan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga menjadi penghalang untuk kenaikan harga.

Menyambung dagangan pada hari ini, penurunan harga hampir mencecah paras jangkaan sebelum ini iaitu zon support 1.10000.

Dengan situasi yang berterusan, harga dijangka akan meneruskan penurunan lebih rendah untuk mencatatkan paras terendah terbaru sejak Mei 2020.

Namun waspada sekiranya kenaikan harga mula melepasi halangan MA50 untuk tanda-tanda perubahan trend pula.

Zon SBR (support become resistance) 1.11300 akan menjadi tumpuan awal sebelum harga meneruskan kenaikan menuju paras 1.12000.

Laporan NFP akan menjadi tumpuan pada sesi New York sebentar lagi sementara perkembangan krisis Rusia-Ukraine akan terus dipantau.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat