EUR/USD Tak Habis Jatuh Lagi Menjelang Laporan NFP AS

212

US dolar terus mengekalkan pengukuhan pada dagangan Rabu semalam dengan menambahkan tekanan terhadap mata wang Euro.

Minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan pada awal pagi Khamis memberi petunjuk hawkish terhadap Federal Reserve (Fed) yang dijangka akan terus agresif dalam penetapan dasar monetari mereka dalam usaha membendung inflasi yang tinggi.

Sementara, krisis industri tenaga di Eropah yang semakin kritikal terus mengheret ekonomi Eropah ke lembah kemelesetan dan mengurangkan keyakinan pelabur terhadap mata wang Euro.

Pelabur akan lebih berwaspada menuju dagangan penghujung minggu menantikan pula terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Jun pada sesi New York esok hari (Jumaat).

Seperti yang dijangkakan pada pergerakan harga carta pasangan mata wang EUR/USD, harga menyambung lagi penurunan lebih rendah semalam untuk terus merekodkan paras terendah terbaru 20 tahun.

Harga yang telah mencecah paras 1.02400 pada penurunan Selasa lalu menyambung lagi penurunan lebih rendah melepasi paras tersebut dan mencecah paras terendah terbaru sekitar 1.01600 pada sesi New York semalam.

Penurunan lanjut harga dijangka bakal diteruskan lagi dengan sasaran seterusnya berkemungkinan boleh mencecah sehingga sekitar 1.01000 dan tidak mustahil untuk harga jatuh di bawah paras 1.0000 dalam pergerakan trend yang kekal bearish.

Namun, jika situasi dalam pasaran mula berubah dan pelabur kembali menyaksikan lonjakan harga semula, rintangan awal yang dilihat bakal diuji adalah pada 1.02400.

Kenaikan yang diteruskan akan menguji pula paras 1.03000 sebelum kenaikan lebih tinggi akan memberi isyarat untuk perubahan trend bullish semula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat