EUR/USD Tampilkan Corak Penurunan Harga Pada Awal Minggu Ini

1,346

US dolar pada awal dagangan minggu ini mula mempamerkan pemulihan selepas dilihat bergerak lebih kukuh dengan permintaan terhadap matawang tersebut kembali meningkat.

Berbanding Euro, US dolar berjaya menekan semula harga pada carta EUR/USD pada dagangan semalam selepas siri kenaikan harga pada minggu lalu didorong penyusutan US dolar sebelum ini.

Sementara matawang Euro pula bergerak lemah dalam pasaran dengan risiko penularan wabak COVID-19 yang semakin melumpuhkan ekonomi zon Eropah terutamanya di Itali dengan kes kematian tertinggi di dunia melebihi angka 11,000 korban.

Pada carta EUR/USD, harga yang mencapai paras tertinggi mingguan pada Jumaat lalu sekitar 1.11470 kembali membuat penurunan pada dagangan Isnin.

Pergerakan menurun harga melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) telah mencatatkan sekitar 140 pips penurunan sebelum harga menutup dagangan sesi New York lebih tinggi sekitar paras 1.10500.

Bersambung pada dagangan sesi Asia hari ini, berlaku mini “flash crash” dengan henjutan harga sekitar 50 pips sebelum harga kembali bergerak perlahan semula.

Sesi pasaran Eropah melihatkan harga meneruskan penurunan menguji semula paras terendah yang diuji harga pada sesi Asia sebentar tadi di kawasan zon support.

Penurunan lebih rendah melepasi zon tersebut di bawah paras 1.1000 menguatkan lagi perubahan trend pada carta EUR/USD.

Pengukuhan US dolar akan terus mendorong penurunan lebih rendah harga menuju paras penting pada 1.0880 sebelum menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.0800.

Sebaliknya jika harga kembali melonjak semula, paras halangan MA50 akan diuji sebelum harga cuba membuat kenaikan lebih tinggi menuju 1.1100 dan juga paras ketinggian sebelum ini pada 1.1147.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat