EUR/USD Tenggelam Lagi Ke Dasar Terendah Terbaru 2 Tahun!

280

US dolar masih mengekalkan momentum pengukuhannya bersambung pada dagangan Selasa selepas reaksi positif berterusan susulan petunjuk kenaikan kadar faedah sehingga 50 mata asas oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell untuk mesyuarat Mei iaitu minggu hadapan.

Selain itu, US dolar juga mendapat suntikan oleh sentimen pasaran yang kekal berisiko berikutan kebimbangan terhadap lockdown di China akibat penularan semula Covid-19 di negara tersebut.

Presiden Emmanuel Macron yang kekal memenangi pilihan raya Presiden Perancis dilihat tidak berjaya menyokong pengukuhan semula mata wang Euro yang menerima tekanan oleh pengukuhan US dolar.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga meneruskan penurunan lebih rendah pada pembukaan pasaran di awal minggu ini menyambung corak kejatuhan harga yang dipaparkan pada penghujung minggu lalu.

Seperti yang dijangkakan penganalisis, harga telah susut mencecah ke paras sokongan terbaru pada 1.07000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Kali terakhir harga menguji zon tersebut adalah pada dagangan Mac 2020 yang lalu di mana harga berjaya dilonjakkan semula sehingga ke penghujung tahun 2020 tersebut.

Harga yang kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam masih memberi isyarat untuk pergerakan bearish buat harga di carta EUR/USD.

Malah harga dijangkakan akan susut lebih rendah melepasi support 1.07000 tersebut sekiranya tiada perubahan dalam situasi pasaran semasa.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan berkemungkinan mensasarkan pula ke paras sekitar 1.06000 untuk terus merekodkan paras terendah terbaru.

Namun jika harga berjaya membuat lonjakan semula dari zon support 1.07000, kenaikan awal harga dilihat akan menguji zon SBR (support become resistance) sekitar 1.07700-1.0800.

Kenaikan yang diteruskan dan turut melepasi halangan MA50 akan memberi isyarat untuk perubahan trend bullish bagi kenaikan yang lebih tinggi.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat