EUR/USD Tepati Ramalan Untuk Menjunam Lebih Rendah

892

Seperti yang dijangkakan, US dolar meneruskan pengukuhan selepas mesyuarat FOMC awal pagi semalam sehingga bersambung ke sesi New York.

Pengukuhan kekal berterusan walaupun hasil bon kerajaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS) pamerkan penurunan semula ke paras 1.50% selepas melonjak hampir ke paras 1.60% selepas mesyuarat FOMC.

Situasi ini dijangka akan diteruskan sehingga minggu berikutnya, namun pemain pasaran tetap akan berwaspada pada dagangan penghujung minggu dengan kemungkinan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit-taking) oleh para pelabur sebelum penutup dagangan minggu ini.

Mata wang Eropah khususnya Euro yang sememangnya diunjur prestasi lemah terus ditekan oleh dominasi US dolar dalam pasaran.

Dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pamerkan corak penurunan pada trend bearish yang lebih jelas.

Selepas menyaksikan harga menjunam ke paras 1.20000 susulan mesyuarat FOMC, harga yang perlahan sebentar di paras tersebut kembali menyambung penurunan sehingga ke penghujung sesi New York mencecah zon support 1.19000.

Penurunan yang diteruskan itu menjadikan penurunan harian bagi dagangan Khamis semalam sekitar 100 pips.

Zon tersebut telah dijangkakan oleh penganalisis untuk diuji harga dan sekiranya harga menyambung penurunan lebih rendah, paras sasaran seterusnya dilihat berada pada zon sekitar 1.1800-1.17800.

Jika berlaku kenaikan semula harga, paras 1.2000 dilihat akan menjadi rintangan buat harga sebelum penurunan akan kembali dijangkakan.

Sebaliknya, harga yang melepasi paras tersebut berkemungkinan akan memberi petanda awal untuk harga membuat kenaikan semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat