EUR/USD Terajui Lonjakan 200 Pips Menjelang Mesyuarat ECB

402

Pasaran tampaknya menerima kejutan apabila matawang USD kembali didagangkan lemah pada awal dagangan bulan Februari dan sekaligus merencatkan sedikit takhtanya sebagai raja matawang utama.

Kelemahan itu berkemungkinan ekoran aktiviti pengambilan untung (profit taking) pada penutup dagangan Januari serta data ADP NFP Amerika Syarikat (AS) yang suram pada sesi New York semalam.

Namun hal berkenaan sama sekali tidak menggentarkan kebanyakan pelabur setelah Federal Reserve (Fed) kekal menetapkan dasarnya untuk melaksanakan tapering dan kenaikan kadar faedah lebih segera.

Melihat kepada pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD, harga nampaknya terus melonjak sekitar 200 pips dari paras terendah 2 tahun terbaharu pada 1.11200 yang disentuhnya minggu lepas.

Lonjakan itu dilihat terhasil setelah harga terus menembusi Moving Average 50 (MA50) pada dagangan awal minggu ini sebelum terus mendaki dan memberi gambaran awal untuk isyarat perubahan trend.

Bagaimanapun lonjakan harga tampaknya tersangkut di zon SBR (support become resistance) 1.13000 iaitu zon yang sering kali menjadi tumpuan utama untuk menentukan hala tuju sebenar.

Seperkara lagi, zon rintangan sekitar 1.14000 kemungkinan menjadi tumpuan ekoran terdapat jangkaan bahawa European Central Bank (ECB) bakal menepis kenyataan dovishnya pada mesyuarat polisi yang berlangsung malam ini.

Perkara sebegitu sudah semestinya bakal merancakkan pergerakan harga yang mana ia mungkin akan mampu untuk kekal mendaki ke puncak ketinggian dalam tempoh 12 bulan yang dicapai pada 1.15000.

Manakala sebaliknya jikalau trend penurunan kembali dipersembahkan, maka zon sokongan 1.12000 barangkali akan menjadi sasaran terdekat yang akan dijejaki terlebih dahulu sebelum terus menyusut.

Penurunan lebih rendah dijangka bakal cenderung untuk sekali lagi menuju ke paras terendah 2 tahun sekitar 1.11200 menjelang ke laporan penerbitan data NFP AS yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat