EUR/USD Terjerumus Lebih Rendah Berbanding Jangkaan

738

Keyakinan terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) telah melonjakkan mata wang US dolar pada minggu ini untuk mencatatkan kenaikan nilai mingguan terbesar untuk tempoh 3 bulan.

Indeks dolar hampir mencecah paras tertinggi 2 bulan sementara menjelang laporan data pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada awal sesi New York hari ini (Jumaat).

Dilihat pada carta harga pasangan mata wang utama EUR/USD semalam, harga terus dihenjut ke paras terendah terbaru melepasi paras sokongan pada 1.20000.

Pergerakan harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam yang menunjukkan isyarat lebih jelas trend bearish.

Selepas berjaya breakout zon support 1.20000, harga turun lebih rendah sekitar 40 pips ke paras 1.19600 sebelum bergerak perlahan dan menutup dagangan sesi New York sekitar tersebut.

Pergerakan harga masih perlahan pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini dengan jangkaan harga akan meneruskan penurunan pada sesi berikutnya.

Tiada perubahan pada sentimen pasaran semasa yang menyokong pengukuhan US dolar akan mendorong harga susut lebih rendah berkemungkinan menuju ke paras 1.19000.

Paras tersebut berada pada zon RBS (resistance become support) yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung tahun 2020.

Namun lonjakan harga boleh berlaku dengan reaksi pelabur pada laporan pekerjaan NFP yang berkemungkinan membuatkan US dolar kembali mengalami penyusutan nilai.

Harga boleh melonjak semula menguji paras SBR (support become resistance) 1.2000 dan juga paras SBR 1.20550.

Melepasi kenaikan di atas halangan MA50 akan menjadi petunjuk awal untuk perubahan trend bullish harga semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat