EUR/USD Terjun 150 Pips Di Penghujung Oktober!

501

Pada penutup dagangan Oktober, matawang USD telah kembali memaparkan penguasaan setelah disokong oleh lonjakan pada hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) 10 tahun.

Dalam masa yang sama, pengukuhan data indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) serta aktiviti pengambilan untung (profit taking) serba sedikit telah sokong nilai USD.

Data PMI Pembuatan AS Tinjuaun ISM yang bakal diterbitkan pada sesi New York akan menjadi rujukan kepada pelabur bagi melihat sama ada USD dapat terus mengukuh ataupun tidak.

Memantau kepada pergerakan harga pada carta EUR/USD, harga tampaknya masih lagi gagal menembusi zon SBR (support become resistance) 1.17000 untuk kembali menjunam.

Trend penurunan itu juga telah susut melebihi 150 pips bermula pada awal sesi Asia (Jumaat) sehingga ke sesi New York untuk menguji paras terendah 2021 sekitar 1.15300.

Bagaimanapun memasuki ke penghujung sesi, pergerakan harga dilihat sedikit meningkat sebelum bergerak secara perlahan pada pembukaan sesi dagangan bagi bulan November.

Jika harga terus ditekan untuk memapar aksi penurunan, paras rintangan 1.153000 dijangka bakal kembali diuji dan pelabur mungkin akan menilai reaksi pergerakan di paras tersebut.

Manakala zon sokongan yang terdekat pada paras 1.15000 berkemungkinan akan mampu dicecah dan secara tidak langsung bakal membuat paras terendah bagi 2021 yang terbaharu.

Andai kata pergerakan harga kembali melonjak, zon rintangan paling terawal pada 1.16000 mungkin akan dicapai semula sebelum harga memberi isyarat pergerakan yang lebih jelas.

Peningkatan melepasi zon rintangan tersebut akan memperlihatkan harga memberi isyarat untuk membuat perubahan trend bullish dan dijangka akan sekali lagi uji zon SBR 1.17000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat