EUR/USD Terperosok Sehingga Ke Penghujung Minggu

439

Mata wang Euro semakin berisiko sehingga ke dagangan penghujung minggu ini berikutan sekatan pergerakan yang dipertingkatkan di Eropah ekoran peningkatan kes jangkitan serta penghantaran vaksin yang perlahan.

Berbanding US dolar, Euro semakin bergerak susut menjelang data tinjauan iklim perniagaan Jerman sementara tumpuan yang turut terarah pada persidangan Eropah.

US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan yang semakin disokong oleh terbitan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif.

Bacaan akhir pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku keempat 2020 memberangsangkan dan data tuntutan pengangguran di AS juga menurun ke paras terendah 1 tahun pada minggu lalu.

Presiden Joe Biden juga mengatakan bahawa rancangan agihan vaksin akan digandakan selepas mencapai sasaran awal 100 juta suntikan seperti yang telah dijadualkan. Faktor ini juga dilihat akan memberi sokongan terhadap peningkatan nilai US dolar dalam pasaran.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga telah membuat penurunan ke paras terendah terbaru 4 bulan.

Penurunan harga telah melepasi zon support 1.18000 dengan paras terendah harian dicecah semalam sekitar 1.17600.

Dagangan yang bersambung ke sesi Asia pada Jumaat melihatkan harga kembali semula ke paras 1.17800 menguji zon SBR (support become resistance).

Penurunan lebih rendah dijangkakan untuk menuju ke paras sekitar 1.17200-1.17000 untuk catatkan paras terendah terbaru.

Sekiranya harga berjaya melonjak tinggi dan melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga, berkemungkinan pelabur akan mula bersedia bagi situasi perubahan trend semula.

Kenaikan harga akan menuju semula ke zon SBR (support become resistance) 1.19000 yang berjaya dilepasi pada dagangan awal minggu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat