EUR/USD Terus Meningkat Selepas Mesyuarat ECB

541

US dolar pamerkan pengukuhan pada sesi New York semalam susulan pasaran memberi reaksi terhadap peningkatan semula hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS). Sebelumnya, hasil perbendaharaan yang susut telah mendorong penyusutan US dolar.

Namun, penganalisis menjangkakan US dolar bakal bergerak lemah semula untuk mengakhiri dagangan minggu ini berikutan laporan Presiden AS Joe Biden telah menandatangani pakej rangsangan yang bernilai $1.9 trilion.

Indeks-indeks utama pasaran Wall Street mencatatkan peningkatan untuk hari ketiga dengan S&P 500 ke paras rekod tertinggi sepanjang masa. Isyarat untuk sentimen risk-on pasaran akan menambahkan tekanan buat US dolar.

Pada dagangan Khamis semalam, US dolar bergerak lemah di sesi Asia dan Eropah sebelum pengukuhan agak ketara dipamerkan pada sesi New York. Situasi pengukuhan dilihat sementara sebelum bergerak lemah semula sehingga penghujung sesi.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD semalam, harga telah membuat kenaikan ke zon rintangan 1.19700 sebelum penurunan semula harga pada sesi New York susulan pengukuhan yang dipamerkan US dolar.

Di samping itu, mata wang Euro turut ditekan oleh keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) yang menyaksikan kadar faedah terus dikekalkan.

ECB bersedia untuk meningkatkan lagi pelonggaran kuantitatif bagi mengimbangi hasil bon Eropah yang dilihat akan memberi kesan penyusutan nilai buat Euro.

Namun, Euro kembali dilihat bergerak kukuh berbanding US dolar pada penghujung sesi New York semalam menutup dagangan sekitar paras 1.19900.

Pergerakan harga seterusnya dilihat akan menguji zon SBR (support become resistance) 1.20000 dengan jangkaan kenaikan yang diteruskan akan menuju pula ke zon tumpuan sebelum ini sekitar 1.20600-1.20900.

Sebaliknya jika harga menjunam semula di bawah paras1.19800, paras 1.19000 pada zon RBS (resistance become support) akan menjadi paras sokongan harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat