EUR/USD Terus Menjalar Ke Paras 1.21000 Semula

523

Menyambung dagangan di sesi Asia pada Selasa, US dolar dilihat telah merosot ke paras terendah terendah 1 minggu setelah pelabur semakin meragui pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) susulan sentimen sektor pekerjaan yang lemah pada laporan NFP.

Namun, ramai penganalisis pasaran berpandangan pelaksanaan pakej rangsangan besar-besaran di AS serta polisi lebih longgar oleh Federal Reserve (Fed) sebenarnya lebih mendorong kesan yang lemah buat US dolar untuk jangka masa panjang.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD mula menunjukkan corak kenaikan harga semula susulan situasi penyusutan US dolar.

Selain itu juga, mata wang Euro turut mendapat rentak pengukuhan semula dalam pasaran. Suruhanjaya Perdagangan EU Valdis Dombrovskis menyatakan bahawa ekonomi Eropah dijangka akan meningkat pada suku tahun kedua dengan langkah vaksinasi yang lebih meluas.

Dapat dilihat kenaikan harga pada penghujung minggu lalu diteruskan pada awal minggu ini selepas harga berjaya melepasi semula paras 1.20000.

Trend bullish harga dinilai pada carta EUR/USD selepas harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dengan paras rintangan 1.20550 diuji pada awal minggu ini.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa), harga bergerak di atas paras 1.20550 menuju ke paras 1.21000. Melepasi zon SBR (support become resistance) itu akan mendorong kenaikan lebih tinggi harga.

Sasaran kenaikan harga seterusnya adalah pada zon harga 1.21800 yang menjadi tumpuan sepanjang dagangan bulan Januari.

Pelabur tetap perlu berwaspada jika harga kembali membuat penurunan semula jika zon SBR gagal ditembusi.

Penurunan harga akan kembali menguji semula paras sokongan pada 1.20000 dan juga paras terendah yang dicecah minggu lalu sekitar 1.19500.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat