US dolar kekalkan pengukuhan pada penghujung September dek kerana pelabur kembali beralih tumpuan terhadap spekulasi Federal Reserve (Fed) akan memulakan langkah pengurangan pembelian bon (tapering) dalam tempoh yang terdekat.
Pengukuhan US dolar juga turut dipacu oleh lonjakan hasil bon AS 10-tahun di paras 1.56% serta faktor-faktor yang menyebabkan sentimen berisiko seperti isu Evergrande yang gagal menjelaskan pembayaran kuponnya.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-kukuh-hujung
Namun pelabur perlulah berwaspada pada dagangan penghujung September yang mana berkemungkinan akan berlaku aktiviti profit-taking yang boleh mengubah arah pergerakan harga semasa.
Jika diperhatikan kepada carta harga pasangan matawang EUR/USD, pergerakan harga telah pun menyusut lebih 300 pips daripada awal September setelah harga mencapai paras tertinggi 1.19000.
Penurunan yang terjadi juga telah mendorong harga mencipta paras terendah yang terbaharu bagi 2021 mencecah paras 1.16000 setelah menjunam 95 pips pada dagangan semalam.
Dalam masa yang sama, harga turut menunjukkan trend bearish sepanjang dagangan September dengan pergerakan harga terus kekal berada di paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam di carta EUR/USD.
Sekiranya momentum pengukuhan USD terus berkekalan, harga boleh susut di bawah zon support 1.16000 untuk meneruskan trend bearish.
Penurunan yang lebih rendah berkemungkinan boleh mencecah sehingga ke paras 1.15000 sekali gus mencatatkan paras terendah yang terbaharu lagi bagi tahun ini.
Namun jika zon 1.16000 berjaya menyokong semula lonjakan harga, dijangka paras zon sokongan sebelum ini sekitar 1.16700 akan kembali diuji.
Melepasi rintangan tersebut, paras 1.17000 pula akan menjadi paras tumpuan harga untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon itu bagi petunjuk arah pergerakan selanjutnya.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG