EUR/USD Tunjuk Corak Awal Kenaikan Harga, Peluang Untuk ‘Buy’?

684

Sentimen pasaran yang kembali berisiko menyebabkan dagangan matawang utama dolar Amerika Syarikat menyusut di samping terkesan oleh data PMI pembuatan tinjauan ISM yang mencatatkan bacaan merosot.

Dengan perkembangan membimbangkan pada rundingan dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kini pasaran disajikan pula dengan laporan pengumuman tarif terbaru AS terhadap barangan dari Eropah.

Selain itu juga, dagangan dolar USD dijangka akan terus berisiko menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada keesokan hari. Data pekerjaan bagi sektor swasta yang dikeluarkan semalam turut mencatatkan penurunan pada bacaan.

Jika diperhatikan pergerakan harga bagi carta pasangan matawang EUR/USD, harga mula menunjukkan corak kenaikan harga selepas melepasi beberapa paras-paras penting.

Harga yang memanjat kenaikan dari paras support 1.0880 dilihat telah berjaya meneruskan kenaikan ke zon support become resistance (SBR) pada sekitar 1.0960 semalam.

Kenaikan harga pada dagangan semalam juga dilihat berjaya kembali melonjak dari paras sekitar 1.0900 setelah menyentuh garisan trendline yang menunjukkan perubahan arah pergerakan harga.

Harga yang mendatar pada sesi Asia hari ini membuat sedikit penurunan dan berkemungkinan menguji paras 1.0940 sebelum meneruskan semula kenaikan harga dan mencari paras ketinggian terbaru.

Kenaikan lebih tinggi berpotensi mencapai paras tumpuan pada 1.1020 atau seterusnya lebih tinggi ke paras 1.1070.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat