EUR/USD Turun 40 Pips Sebelum Kembali Melonjak 45 Pips Semula

378

Dagangan Euro dilonjakkan semalam oleh laporan bahawa Presiden Donald Trump bakal menangguhkan kenaikan tarif terhadap kereta import dari Eropah sehingga enam bulan.

Pengumuman rasmi dijangka akan dikeluarkan pada Sabtu ini dan berita tersebut nyata mendorong dolar Euro untuk kembali mendapatkan semula momentum pengukuhan.

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD semalam perlahan pada sesi Asia dan harga membuat kenaikan menyentuh paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line sebelum harga membuat penurunan sehingga ke paras tumpuan pada 1.11800.

Namun Euro yang mula mengukuh semula dalam pasaran melonjakkan harga sekitar 45 pips menguji semula paras Magic Pivot sebelum kembali menurun sedikit dan pergerakan harga mula perlahan sehingga dagangan sesi New York ditutup.

Sebagai matawang anti-USD, data jualan runcit Amerika Syarikat yang lemah semalam turut menjadi faktor yang menyokong kenaikan harga pada dagangan EUR/USD.

Bersambung pada dagangan hari ini, pergerakan harga dilihat lebih perlahan dan mendatar berbanding semalam sehingga pembukaan sesi pasaran Eropah.

Harga dilihat berlegar di atas paras Magic Pivot 1.1200 hari ini dengan pelabur juga menantikan data-data ekonomi pada zon Eropah petang ini yang bakal mempengaruhi pergerakan harga.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan kenaikan harga berkemungkinan akan ke paras sekitar resistance 1.1246 (MagicR2) atau lebih tinggi lagi ke paras 1.1269 (Magic3).

Kenaikan ke paras tersebut bakal mencatatkan pertambahan sekitar 70 pips pergerakan harga dari paras Magic Pivot hari ini.

Namun jika harga dilihat membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot, harga bakal menguji semula paras terendah yang dicapai semalam iaitu pada paras 1.11800 dan juga support MagicS1 sebelum meneruskan penurunan lebih rendah.

Harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar support 1.1131 (MagicS3) dengan 70 pips penurunan harga bakal dicatatkan.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1177, 1.1154, 1.1131.

Paras resistance: 1.1223, 1.1246, 1.1269.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat