EUR/USD Uji Zon Support Terendah Sejak Dagangan Apri 2017

522

Sentimen ekonomi Eropah kekal membimbangkan pelabur dengan bacaan data ekonomi yang diterbitkan pada Jumaat lalu catat bacaan mengecewakan.

Data pertumbuhan GDP di Jerman untuk suku keempat 2019 gagal mencatatkan pertumbuhan dengan bacaan di paras sifar.

Sementara, data pertumbuhan GDP zon Eropah pula catat pertumbuhan 0.1% bagi suku keempat 2019 merekodkan pertumbuhan paling lemah sejak 2014.

Dengan itu dapat dilihat pergerakan lemah harga bagi matawang dolar Euro khususnya berbanding US dolar yang mencatatkan penurunan ke paras terendah sejak dagangan April 2017 pada carta EUR/USD.

Harga telah turun ke paras terendah mencecah 1.08300 menguji zon support pada dagangan April 2017 yang lalu.

Namun harga mengalami kesukaran untuk turun lebih rendah dari zon support tersebut selepas data jualan runcit Amerika Syarikat untuk bulan Januari diterbitkan bercampur-campur.

Pengukuhan US dolar mula perlahan pada penghujung dagangan minggu lalu setelah didorong oleh data inflasi yang meningkat diterbitkan sebelumnya.

Harga masih kekal dilihat berada di bawah halangan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD menunjukkan trend masih kekal bearish.

Jika US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan pada minggu ini, harga bakal turun menembusi zon support 1.08300 dan mencatatkan penurunan ke paras terendah terbaru lagi.

Namun jika harga mula membuat kenaikan melepasi paras halangan MA50, harga berkemungkinan memberikan isyarat awal untuk perubahan trend.

Kenaikan bakal menuju paras tumpuan sebelum ini di sekitar 1.08800 atau lebih tinggi menuju zon SBR (support become resistance) pada 1.09500.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat