Euro Bangkit Menjelang Ucapan Lagarde, Ini Indikasi Perlu Diketahui ‘Trader’!

203

Matawang euro mengukuh pada hari Isnin apabila pemain pasaran memberi tumpuan pada pendedahan bakal diumumkan oleh Bank Pusat Eropah dalam rangka untuk memerangi perkara yang menghambat petumbuhan di blok Eropah. Antaranya ialah kemelut politik di Perancis pada ketika ini selepas Presiden Emmanuel Macron kehilangan majoriti mutlak dalam pilihan raya parlimen negara itu.

Perikatan Ensemble Macron memperoleh kerusi terbanyak dalam Dewan Negara namun gagal mencapai majoriti mutlak yang diperlukan untuk mengawal parlimen.

Penganalisis dan pasaran buat masa ini tidak begitu memberi perhatian penuh terhadap kemelut politik namun tumpuan terarah pada percubaan Bank Pusat Eropah untuk membendung kos pinjaman di selatan Kesatuan Eropah dan tinjauan dasar monetari global.

Menurut, Ingvild Borgen Gjerde, penganalisis FX di DNB Markets,” Terdapat dua perkara yang sangat penting kepada euro: Apakah jenis alat solusi yang akan diutarakan dimana ianya boleh direalisasikan oleh ECB dan tinjauan untuk dasar monetari.”

Pada minggu lalu, Bank Pusat Eropah berjanji untuk merangka alat anti-pemecahan baharu yang sepatutnya memberikan sokongan baharu untuk pinggir selatan blok itu dalam melunaskan hutang apabila ECB menaikkan kadar faedah buat kali pertama sejak 2011.

Matawang Euro mengukuh 0.22% kepada paras dagangan 1.0521. Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding enam matawang utama pula sust 0.24% kepada paras dagangan 104.235.

Dolar kehilangan 0.6% kepada 0.96335 franc Swiss, manakala sterling meningkat 0.4% kepada $1.2273.

Bitcoin mata wang kripto utama sedikit berubah dengan didagangkan pada $20,600.50, naik lebih 5% daripada paras terendah yang dikecapi pada tempoh hari.

Pengerusi Fed Jerome Powell akan memberi keterangan di hadapan Senat dan Dewan pada hari Rabu dan Khamis minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat