EURO dan Pound Tertekan, Aussie Manfaatkan Sentimen Positif China

543

Matawang Pound Sterling jatuh ke paras terendah dagangan empat minggu pada Khamis menjelang debat Brexit peringkat Parlimen yang akan memberikan petunjuk arah terhadap pelabur untuk undian pelan perjanjian Perdana Menteri Theresa May bersama Brussels nanti. Sesi Parlimen dijangka tidak akan begitu ketat kerana PM May telah berjanji untuk turut memberi peluang kepada para penggubal undang-undang untuk menyuarakan pendapat mereka pada 27 Februari ini.

Dengan berbaki hanya enam minggu sahaja lagi sebelum Britain meninggalkan Kesatuan Eropah, pasaran dilihat semakin resah. Ramai pelabur membuat keputusan untuk tidak mengambil sebarang posisi sehingga penyelesaian Brexit yang jelas dapat dipastikan.
Para penggubal undang-undang dijangka akan mengundi untuk siri pindaan, termasuk mengadakan referendum Brexit yang kedua.

Sementara itu, matawang EURO pula bergerak di sekitar paras terendah tiga bulan dagangan pada hari ini selepas data imbangan dagangan China mencatatkan angka yang memuaskan.

Selain itu, harapan terhadap perkembangan rundingan dagang antara China dan Amerika Syarikat telah memberi kesan positif terhadap sentimen pasaran semasa, dengan matawang dolar AUD turut mencatatkan pengukuhan nilai dagangannya sehingga 50% peningkatan.

Bloomberg melaporkan Presiden Donald Trump telah mempertimbangkan untuk lanjutan 60 hari rundingan dari tarikh akhir 1 Mac untuk menyelesaikan isu perdagangan antara dua ekonomi gergasi dunia tersebut. Trump pada Rabu turut menyatakan bahawa proses rundingan adalah berjalan lancar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat