Euro Hilang Arah Tuju Ketika Pelabur Masih Berteka-Teki Dengan ECB

315

Matawang euro terus kehilangan arah tuju ketika tumpuan pelabur terarah kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada Khamis untuk melihat sama ada pembuat dasar akan memperkenalkan langkah rangsangan baru ketika ekonomi terus diancam risiko Covid-19.

Pasaran di sesi Eropah hari ini diperlihatkan dengan bacaan data pengeluaran perindustrian di ekonomi terbesar Eropah, Jerman yang mencatatkan penurunan pada bulan Julai setelah meraih kenaikan berturut-turut pada dua bulan sebelumnya.

Euro diniagakan stabil berbanding US dolar dengan berlegar sekitar paras harga 1.1835, setelah didagangkan mendatar pada sesi Asia.

Para pelabur sememangnya tidak menjangkakan sebarang perubahan polisi oleh bank pusat, lebih-lebih lagi setelah ahli jawatankuasa ECB, Isabel Schnabel memberi indikasi pada minggu lalu bahawa bank pusat setakat ini tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan lebih banyak langkah rangsangan.

Bagaimanapun, dengan kelemahan inflasi yang ditunjukkan pada bulan Ogos dengan penurunan kepada -0.2% dan pengukuhan euro, telah meningkatkan jangkaan bahawa ECB mungkin akan memperluaskan pembelian asetnya.

Dalam pada itu, dolar greenback kekal didagangkan positif berbanding kebanyakan matawang utama pada 92.92, masih disokong oleh laporan pekerjaan NFP yang dilihat lebih baik walaupun mencatatkan pertumbuhan kurang memberangsangkan.

Berikutan penutupan bank-bank di Amerika Syarikat dan Kanada yang bercuti sempena hari pekerja pada hari ini, tidak banyak pergerakan ketara matawang utama yang dapat dilihat di samping ketiadaan data ekonomi yang menjadi tumpuan pasaran.

Dolar Aussie dan kiwi diniagakan mendatar ketika ketegangan antara Amerika Syarikat dan China terus meningkat setelah Washington dilaporkan akan menyenaraihitamkan syarikat pembuat cip terkemuka China, Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat