Euro Jadi Tumpuan Menjelang Data PMI Zon Eropah Dan Ucapan Presiden ECB

240

Dagangan pada hari ini menyaksikan beberapa penerbitan data penting di Zon Eropah, Britain, Amerika Syarikat dan Kanada, selain pasaran turut tertumpu kepada ucapan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde.

Euro diniagakan mendatar berbanding dolar USD pada sesi Asia selepas mengalami penyusutan semalaman disebabkan ketidakpastian perdagangan yang menimbulkan kebimbangan pelabur.

Sejak pelantikan Presiden baru ECB, Lagarde masih belum pernah memberikan kenyataan langsung mengenai dasar monetari tetapi menyatakan kebimbangannya mengenai ancaman nasionalisme dan kemelesetan global yang dilihat perlu untuk rangsangan fiskal bagi mengekalkan ekonomi di Eropah.

Pasaran menjangkakan jika beliau memanfaatkan ucapannya pada hari ini sebagai peluang untuk menjelaskan pandangannya mengenai pelonggaran, mungkin terdapat tindak balas yang besar terhadap matawang euro.

Sementara itu, pergerakan matawang USD mempamerkan pemulihan dengan menyusuli berita mengenai perdagangan yang bercampur-campur, di mana dalam perkembangan terbaru China dilaporkan menjemput perunding AS untuk berbincang dan berusaha untuk mencapai perjanjian fasa pertama.

Indeks dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan menyusut kepada 97.94, sementara dagangan dolar USD mengukuh berbanding matawang safe-haven yen.

Selain itu, dagangan pound mendatar berbanding dolar USD selepas mengalami penyusutan semalaman dari paras tertinggi yang dicapai sejak Isnin, sementara pasaran menantikan data PMI Pembuatan dan Perkhidmatan pada petang ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat