Euro Jatuh Setelah ECB Kecewakan Jangkaan Pasaran

312

Matawang euro didagangkan lebih rendah berbanding US dolar susulan keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) yang mengekalkan kadar faedah dan program pembelian bonnya (PEPP) tidak berubah.

Presiden ECB Christine Lagarde terus memberi pandangan yang optimis terhadap pemulihan ekonomi tetapi juga berhati-hati mengenai ketidakpastian yang ditimbulkan oleh Covid-19.

Lagarde juga menafikan spekulasi pasaran dengan mengatakan bahawa bank pusat tidak membincangkan pengurangan PEPP dan mereka akan terus membeli bon pada kadar yang lebih cepat

Beliau juga mengulangi bahawa prospek pertumbuhan pendek semakin kabur, tetapi pemulihan yang kuat dijangka akan berlaku pada akhir tahun ini.

Dalam pada itu, dolar greenback sedikit suram selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelum ini, ketika pasaran saham AS berubah arah dan susut lebih rendah yang didorong oleh Presiden AS Joe Biden yang merancang untuk kenaikan cukai keuntungan modal hingga 39.6%.

Sementara itu, senator Republikan mengusulkan rancangan $568 bilion yang merangkumi pendanaan untuk jambatan, lapangan terbang, jalan raya dan penyimpanan air yang tidak termasuk kenaikan cukai.

Ini mungkin menyukarkan usaha Presiden Biden untuk meluluskan rancangan infrastruktur beliau sebelum ini yang bernilai $2.25 trilion.

Hasil perbendaharaan yang meningkat pada 1.58% turut menyokong kenaikan greenback, sebelum kembali susut ke 1.55% pada sesi Asia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat