Euro Kukuh Berbanding US dolar, EUR/USD Pamer Kenaikan Pada Sesi Eropah

650

Matawang Euro mengambil manfaat untuk mengukuhkan dagangan berbanding US dolar selepas Federal Reserve (Fed) pada awal pagi ini sekali lagi mengumumkan penurunan kadar faedah kecemasan di luar jadual mesyuarat polisi dan kali ini sebanyak 100 mata asas pemotongan.

Fed juga telah mengumumkan pelonggaran kuantitatif dengan meningkatkan suntikan dana bernilai $700 bilion USD bagi menyokong ekonomi yang diancam wabak Coronavirus.

Matawang Euro pada minggu lalu kekal bergerak sepanjang minggu namun bank pusat Eropah tetap mengekalkan kadar faedah meleset berbanding jangkaan penurunan kadar seperti bank-bank pusat lain. Namun peningkatan suntikan dana bernilai 120 bilion Euro diumumkan oleh bank pusat.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD mempamerkan kenaikan pada sesi pasaran Eropah selepas harga turun menguji paras 1.11000 pada sesi Asia.

Kenaikan harga telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD memberi isyarat awal perubahan trend menurun minggu lalu.

Harga juga telah menembusi zon SBR (support become resistance) sekitar 1.12000 dan berkemungkinan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya dilihat akan menguji paras penting pada 1.13000 dan sekiranya US dolar terus bergerak lemah dalam pasaran, Euro berpotensi melonjakkan harga sehingga ke paras ketinggian yang dicapai pada 2 minggu yang lalu.

Sebaliknya, jika Euro kembali menyusut harga bakal kembali membuat penurunan semula dan menguji paras 1.11000 dan juga paras terendah minggu lalu.

Penurunan harga boleh mencecah paras 1.10000 yang merupakan paras support terhampir bagi dagangan EUR/USD.

Pasaran juga menantikan perbincangan di antara menteri-menteri kewangan dalam Kesatuan Eropah (EU) untuk langkah-langkah sewajarnya menghadapai penularan wabak COVID-19.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat