Euro Layu Selepas ECB ‘Hike Rate’, EUR/USD Susut Semula Bawah Paras Pariti $1.0000

163

Menjadi tumpuan pada pembukaan awal sesi New York malam tadi, mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) menepati jangkaan untuk meningkatkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas kepada 2.00%, paras tertinggi sejak 2009.

Namun apa yang mengejutkan pasaran adalah kesan terhadap pergerakan mata wang apabila Euro gagal untuk mengukuh selepas keputusan kenaikan kadar faedah tersebut.

Ini adalah disebabkan tumpuan terhadap kenyataan susulan oleh Presiden ECB, Christine Lagarde yang bernada kurang hawkish berbanding sebelum ini apabila kebimbangan terarah kepada pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Aktiviti ekonomi dinilai perlahan pada suku ketiga dan dijangka pertumbuhan perlahan akan berterusan sehingga ke tahun hadapan.

Sementara US dolar pula kemudiannya mula paparkan pengukuhan susulan terbitan data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) untuk suku ketiga yang kukuh.

Situasi ini kembali menguatkan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan pengetatan dasar yang agresif untuk baki mesyuarat polisi sehingga ke penghujung 2022.

Carta harga pasangan mata wang EUR/USD mula memaparkan isyarat perubahan arah menurun semula selepas corak bullish berterusan sehingga Rabu.

Penurunan harian pada Khamis semalam dicatatkan sekitar 130 pips untuk didagangkan di bawah paras pariti 1.0000 semula.

Pergerakan perlahan harga bersambung di sesi Asia pagi ini (Jumaat) di bawah paras 1.0000 turut dilihat telah jatuh di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang menjadi petunjuk perubahan trend bearish.

Sekiranya harga menyambung penurunan lebih rendah, zon 0.99000 dilihat akan menjadi tumpuan awal diuji sebelum harga melanjutkan penurunan ke sekitar 0.98000.

Namun, jika harga berjaya melonjak di atas zon pariti 1.0000 dan meneruskan semula corak kenaikan sebelum ini, rintangan pada 1.01000 sekali lagi akan menjadi sasaran harga.

Melepasi rintangan tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu dan berpotensi mencapai ke sekitar 1.02000.

Lihat gambar carta harga EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat