Euro Lebih Baik Dari USD, Harga Melantun Semula 100 Pips Di Carta EUR/USD

135

Mata wang Euro menunjukkan pengukuhan berbanding US dolar pada sesi Eropah semalam disokong oleh terbitan data ekonomi Eropah yang positif.

Bacaan data pertumbuhan ekonomi Eropah untuk suku ketiga yang dikemaskini meningkat telah menyuntik sedikit kekuatan untuk Euro selepas bergerak suram dari awal minggu.

Sementara, US dolar pula menunjukkan penyusutan nilai di sesi Eropah ketika tumpuan terarah kepada laporan perkembangan Covid di China apabila kerajaan umum akan tamatkan dasar sifar-Covid dan menggunakan kaedah lain untuk membendung penularan virus.

Namun, US dolar dilihat sedikit kukuh semula pada dagangan sesi New York apabila kebimbangan menyelubungi pasaran dengan ancaman perang nuklear oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Justeru, dapat diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam yang pada mulanya mendatar di sesi Asia berlegar di atas paras 1.04500 kemudiannya memaparkan lonjakan di sesi Eropah.

Kenaikan harga telah melepasi zon penting 1.05000 dan mencapai ketinggian sekitar 1.05500 menunjukkan kenaikan harian 100 pips harga.

Namun bersambung di sesi New York, harga berundur semula sebelum mendatar di paras 1.05000 sehingga ke pembukaan awal sesi Asia pagi ini (Khamis).

Harga yang telah bergerak di atas paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut memberi isyarat awal untuk perubahan trend harga, namun pelabur masih berwaspada dengan pergerakan tak menentu menuju penghujung minggu.

Jika kenaikan berjaya dilonjakkan dari zon 1.05000, zon rintangan pada 1.06000 masih lagi akan menjadi tumpuan untuk diuji selepas kenaikan di awal minggu tidak berjaya menembusinya.

Melepasi rintangan itu akan mendorong harga untuk mencapai paras sasaran lebih tinggi yang berada di sekitar 1.07000, sekaligus mencatatkan rekod tertinggi terbaru 6 bulan.

Namun, seandainya harga kembali menjunam semula di bawah zon 1.05000 dan melepasi sokongan MA50, penurunan lebih rendah bakal dijangkakan.

Harga berkemungkinan melepasi paras 1.04500 yang dicecah semalam sebelum menuju ke paras tumpuan berikutnya pada 1.04000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat