Euro Manfaatkan Kelemahan USD Untuk Meningkat Lebih Tinggi Pada Sesi Eropah

817

Memasuki sesi Eropah, US dolar kembali mempamerkan sedikit peningkatan berbanding safe-haven yen setelah susut ke paras terendah 2 minggu, ketika tumpuan pasaran kini terarah kepada Presiden AS Donald Trump yang akan mengadakan sidang media pada hari ini.

Hari ini, penganalisis menjangkakan Trump mungkin mengumumkan beberapa sekatan terhadap China, menghapuskan status istimewa perdagangan Hong Kong atau melaksanakan langkah-langkah tambahan lain.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama, kekal didagangkan rendah pada 98.23.

Kelemahan USD terus memberi manfaat kepada matawang euro untuk memanjangkan keuntungannya sehingga menghampiri paras ketinggian 9 minggu pada sesi Eropah, selain turut disokong oleh harapan yang tinggi terhadap pakej rangsangan EU.

Canselor Jerman, Angela Markel dilaporkan sedang menyiapkan pakej rangsangan fasa kedua yang bernilai antara sehingga €100 bilion dalam usaha untuk menyokong pemulihan di negara ekonomi terbesar di Eropah itu.

Sementara itu, matawang pound mula mencatat penyusutan pada pembukaan sesi Eropah di tengah-tengah sentimen yang tidak menentu terhadap ketidakpastian Brexit dan pelaksanaan kadar faedah negatif oleh Bank of England (BOE).

Dalam pada itu, Menteri Kewangan Rishi Sunak dilaporkan akan mengurangkan skim pembayaran gaji (furlough) dan menggesa supaya majikan membayar 20% daripada upah untuk mengurangkan beban defisit belanjawan UK.

Di samping itu, peningkatan dolar Aussie dan kiwi yang disokong oleh optimisme pembukaan semula aktiviti ekonomi dari sekatan akibat COVID-19, bagaimanapun, dibataskan oleh pertikaian AS-China yang semakin meruncing.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat