Euro Melonjak Sebentar Tadi? Nowotny Beri Komen Hawkish Terhadap Polisi ECB

965

Matawang Euro membuat kenaikan pada Selasa khususnya sejak pukul 7 petang tadi. Euro bukan sahaja menguat berbanding USD, tetapi ia juga menguat berbanding matawang utama yang lain.

EUR/USD setakat ini menguat 0.33%, EUR/JPY naik 0.58%, EUR/GBP naik hampir tidak berubah setakat pada pukul 8.06 malam. Kenaikan matawang Euro disebabkan komen hawkish oleh salah seorang ahli Governing Council dalam European Central Bank (ECB).

Bank pusat Eropah (ECB) boleh memulakan proses menaikkan kadar faedah dengan menaikkan terlebih dahulu kadar deposit ke paras yang positif, kata salah seorang ahli ECB, Ewald Nowotny pada Selasa. Hal ini dilaporkan oleh Reuters tidak sampai sejam yang lepas pada masa artikel ini ditulis.

Nowotny memberitahu Reuters dalam temubual bahawa $3.10 trillion pembelian bon berkemungkinan dihentikan pada penghujung tahun ini yang mana akan membuka jalan kepada kenaikan kadar faedah yang pertama sejak tahun 2011.

Nowotny menegaskan bank pusat perlu mengambil langkah yang beransur-ansur dan boleh mula dengan menaikkan kadar deposit bank yang mana berada dalam kadar negatif sejak pertengahan 2014.

“Ini adalah strukturnya. Timing yang tepat? Terlalu awal untuk memberitahu anda,” kata Nowotny kepada wartawan Reuters.

Antara alasan yang diberikan oleh Nowotny tentang persoalan kenapa perlu bertindak dengan pantas adalah, agar bank pusat mempunyai cukup ruang untuk bertindak jika terdapat kemelesetan kepada ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat