Euro Menguat Berikutan US dollar Kehilangan Momentum Kenaikannya

561

Matawang Euro dijangka akan merekodkan kejatuhan lagi pada minggu ini berbanding US dollar sekaligus mencatat kejatuhan enam minggu berturut-turut. Ia juga adalah kejatuhan paling lama matawang Euro sejak Januari 2015 disebabkan oleh lonjakan matawang greenback dan juga prestasi data ekonomi yang kurang memberangsangkan sejak akhir-akhir ini.

Walaupun ada sedikit kenaikan kepada EUR/USD, tetapi ia bulanlah disokong oleh faktor fundamental ekonomi Zon-Eropah tetapi lebih kepada faktor kelemahan US dollar selepas laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis.

Pergerakan ketika ini lebih digerakkan oleh matawang US dollar yang kehilangan momentum kenaikan selepas komen dovish oleh Federal Reserve dalam minit mesyuarat FOMC. Selain itu, ancaman oleh Trump untuk mengenakan tariff baru kepada barangan import juga telah menambah tekanan kepada US dollar.

Manakala kejatuhan Euro juga jelas dilihat berbanding Swissy (CHF). EUR/CHF membuat kejatuhan sejak empat minggu yang lalu. Kejatuhan ini lebih jelas dilihat pada dua minggu ini berikutan ketidaktentuan politik di Itali.

Ketua penganalisis ekonomi ECB pada Khamis berkata terdapat ketidaktentuan ketika ini termasuk perancangan kerajaan Itali untuk melonggarkan polisi fiskal dan juga ketegangan perdagangan global.

Terbaru data-data ekonomi PMI pada Rabu juga menunjukkan prestasi ekonomi yang tidak memberangsangkan apabila bacaan aktiviti pengeluaran indeks komposit Zon Eropah jatuh ke paras terendah 18 bulan yang lalu. Perkara ini dilihat akan mengurangkan lagi potensi pengetatan polisi ECB di masa akan datang.

Bagi US dollar, walaupun ahli-ahli The Fed berpendapat perlunya untuk menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat, tetapi matawang masih lagi membuat penurunan. Hal ini kerana pasaran berpendapat tiada petanda bahawa Fed terburu-buru untuk menaikkan kadar faedah.

Perkara ini jelas dilihat apabila The Fed menyatakan bank pusat itu akan membiarkan inflasi bergerak melebihi sasaran 2% buat sementara waktu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat