Euro, Pound Akhirnya Berjaya Pecah Tembok Pertahanan!

657

Kebanyakan matawang utama terbang lebih tinggi ketika pembukaan sesi Eropah, memperlihatkan dagangan euro dengan mudah menembusi paras harga 1.20000 berbanding US dolar.

Ini didorong oleh perkhabaran menggembirakan daripada laporan yang mengatakan Pfizer dan BioNTech akan membekalkan Kesatuan Eropah (EU) dengan tambahan 100 juta dos vaksin Covid-19.

Hal ini akan menguatkan lagi optimisme pasaran untuk melihat pemulihan yang lebih kuat dan pantas di Eropah pada separuh kedua tahun ini dengan dorongan daripada pelancaran vaksin.

Dalam pada itu, tumpuan pelabur euro kini disasarkan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada Khamis dan penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Eropah pada Jumaat.

Kenaikan ini turut menyusuli penurunan dolar greenback ke tahap terendah satu bulan berbanding kebanyakan matawang utama. Ketika penulisan, indeks dolar menjunam rendah ke sekitar harga 91.15.

Matawang pound, meneruskan peningkatan lebih tinggi setelah berjaya memecah tembok harga 1.38000 pada sesi Asia sebelum ini, dan kini didagangkan kukuh pada 1.38850 berbanding USD.

Dalam pada itu, dolar Aussie, kiwi dan loonie turut meraih manfaat daripada penyusutan US dolar, selain turut didukung oleh peningkatan harga komoditi dan pembukaan semula perjalanan bebas antara Australia dan New Zealand yang pastinya akan meningkatkan lagi pemulihan kedua-dua negara.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat