Euro Sedikit Menguat Berikutan Jangkaan Penangguhan Tarif Otomotif Manakala Aussie Menyusut.

359

Sekali lagi pada minggu ini matawang AUD menjadi tumpuan pasaran selepas data pekerjaan pada jam 9.30 pagi tadi dengan penurunan ketara yang ditunjukkan oleh matawang ini.

Kadar pengangguran yang merupakan salah satu data ekonomi tumpuan Reserve Bank of Australia (RBA), menunjukkan kenaikan yang tertinggi sejak Ogos tahun lepas. Kadar pengangguran direkodkan menaik kepada 5.2% untuk bulan April 2019 daripada 5.0% pada bulan sebelumnya.

Hal ini sedikit sebanyak akan meningkatkan risiko bahawa RBA akan mengurangkan kadar faedahnya pada mesyuarat akan datang, kata Kaixin Owyong, pakar ekonomi Sydney di National Australia Bank, dalam laporan Reuters.

Dalam perkembangan matawang Eropah pula, Euro menguat dalam nilai dagangannya selepas pegawai A.S. berkata Presiden Donald Trump dijangka akan menangguhkan pelaksanaan tarif otomotif sehingga enam bulan untuk memberikan masa lebih bagi perundingan perdagangan.

Sementara itu, Pound Sterling masih dalam kelompok dagangan matawang yang lemah berikutan jangkaan pasaran bahawa Perdana Menteri Theresa May sekali lagi diramalkan gagal untuk mendapatkan kelulusan dalam perjanjian Brexitnya dan bakal menghadapi cabaran kepimpinan tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat