Euro Terus Merudum Terkesan Pada Bacaan PMI Zon Eropah Yang Lemah

482

Sesi pasaran Eropah hari ini menyaksikan penurunan ketara pada dagangan Euro selepas bacaan data PMI perkilangan dan perkhidmatan di zon Eropah menunjukkan kemerosotan.

Data PMI perkhidmatan Perancis menurun kepada 52.2 mata berbanding 52.9 mata pada bulan sebelumnya. Manakala bacaan data PMI perkilangan pula merosot sehingga ke paras 50.0 mata berbanding 51.9 mata sebelum ini meleset berbanding jangkaan penurunan kepada 51.6 mata.

Seterusnya, bacaan data PMI perkilangan di Jerman pula mencatatkan penurunan sehingga ke paras 41.3 mata jauh lebih rendah berbanding jangkaan peningkatan kepada 45.1 mata. Angka tersebut merekodkan penurunan terendah dalam tempoh 7 tahun.

Sementara, data PMI perkhidmatan Jerman pula mencatat sedikit penurunan kepada 55.4 mata berbanding 55.8 sebelum ini, sedikit tinggi mengatasi jangkaan penurunan kepada 55.3 mata.

Data PMI perkilangan zon Eropah yang dikeluarkan pada jam 4 petang waktu Malaysia juga mencatatkan penurunan kepada 46.4 mata berbanding jangkaan kekal di paras 47.6 mata.

Bacaan data secara keseluruhan yang lemah ini memberi lebih tekanan terhadap dagangan dolar Euro sementara pelabur menantikan keputusan penetapan polisi monetari oleh bank pusat Eropah esok hari yang dijangka akan melemahkan lagi matawang Eropah itu.

Berbanding dolar Amerika Syarikat, pergerakan harga pada carta EUR/USD terus mencatatkan paras terendah terbaru dua tahun mencecah paras sekitar 1.11260.

Sementara itu, dagangan Pound Sterling menunjukkan sedikit kenaikan pada sesi Eropah setelah mendatar sejak awal sesi Asia hari ini bermula. Kenaikan pada Pound dijangka hanya sementara menjelang pembukaan sesi pasaran New York yang akan kembali memberi tekanan terhadap matawang tersebut.

Matawang komoditi dolar Australia dan dolar New Zealand masih kekal bergerak lemah dalam pasaran semasa berikutan dipandu oleh jangkaan pelonggaran polisi oleh bank pusat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat