EURUSD Analisa Fundamental Harian 10 Sep 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-019

Euro Dollar yang jatuh lebih 80 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, kembali memacu naik dalam dagangan lewat petang New York, untuk menutup lebih tinggi sekitar paras 1.1205; apabila dolar AS mendapat momentum disokong oleh keadaan yang kembali kepada sediakala di China yang mungkin membolehkan Fed untuk bergerak ke hadapan dengan peningkatan kadar dan komen dari beberapa ahli jawatankuasa Feds yang menunjukkan bahawa kenaikan kadar bulan ini masih lagi mungkin.

Sebelum daripada itu, saham-saham AS meningkat kira-kira 1.5% lebih tinggi selepas data ekonomi yang lemah keluar dari China, sekaligus menyokong harapan langkah-langkah rangsangan daripada kerajaan China. Saham China berakhir hampir 3% peratus lebih tinggi, dan saham Eropah meningkat 1.5%.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran Eropah pula, eksport dan import Jerman mencecah rekod tertinggi dari segi nilai pada bulan Julai, sekaligus menunjukkan permintaan asing untuk barangan daripada ekonomi terbesar di Eropah itu, masih kekal kukuh walaupun kelembapan di China. Pada masa yang sama, permintaan dalam negeri juga adalah baik.

Data yang positif daripada ekonomi terbesar Eropah itu akan meningkatkan nilai euro, tetapi mata wang tersebut juga mendapat manfaat dengan bertindak sebagai ‘safe-haven’, kerana pelabur menjual pegangan yang lebih berisiko dan bernilai tinggi yang dibiayai dengan euro, dan membeli semula matawang blok ekonomi Eropah itu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat