EURUSD Analisa Fundamental Harian 13 Feb 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-005

Euro Dollar yang menjunam lebih 180 pips Jumaat lalu, selepas data NFP Amerika Syarikat keluar lebih baik dari jangkaan; didagangkan dalam suasana “ranging” sepanjang minggu ini antara setinggi 1.1350 hingga serendah 1.1270, sebelum melonjak setinggi 90 pips Khamis semalam.  Pasaran masih dalam suasana “consolidation” dipenuhi aktiviti pengambilan untung.

Di Eropah spekulasi “Grexit” kembali menghantui pasaran, apabila kerajaan Greece bakal memberi kata putus dalam mesyuarat Kesatuan Eropah.  Menteri Kewangan Greece Yanis Varoufakis dalam satu kenyataan media mengatakan, keluarnya Greece dari Kesatuan Eropah akan menyebabkan krisis yang kritikal di negara-negara eropah lain yang bergantung kepada kekuatan ekonomi Greece.

Hari ini GDP Jerman yang dijangka lebih baik pada 0.3% berbanding 0.1% pada sebelumnya, dijangka menyokong sedikit pembelian Euro; terutamanya dengan “consumer sentimen index” Amerika Syarikat yang dijangka stabil pada 98.1  Walau bagaimanapun dengan sentimen “Grexit” Euro-Zone dan kenaikan “interest rate” AS; pasaran dijangka lebih suka dengan strategi “sell-on-rally”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat