EURUSD Analisa Fundamental Harian 15 Mac 2016

30

Euro Dollar susut lebih 95 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1075 sebelum menutup sekitar paras $1.1100; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada program ransangan tambahan ECB. Pada masa yang sama, pelabur mula memberikan tumpuan kepada mesyuarat FOMC awal pagi Khamis ini untuk mendapatkan hajal tuju Dollar selanjutnya.

Di pasaran Eropah, pelabur mencari peluang pelaburan baru apabila ECB menaikkan caj deposit institusi kepada 0.4% dan menurunkan kadar pinjaman kepada sifar.  Wang percuma ini yang bertujuan memacu penjanaan aktiviti ekonomi Eropah, dilihat bakal memacu pasaran ekuiti untuk ke paras yang lebih tinggi.  Indeks Euro Stoxx 50 telah memacu naik lebih 1,200 mata sebaik sahaja ECB mengumumkan pakej ransangan tambahan pada Khamis minggu lepas.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan runcit yang dijangka semakin lemah, jatuh dari 0.2% kepada 0.1% di bawah sifar.  Harga pengeluar juga dijangka jatuh dari 0.1% kepada 0.2% di bawah sifar.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat