EURUSD Analisa Fundamental Harian 16 Mac 2016

31

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.1125 ke serendah $1.1070; setelah para pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis esok.  Laporan memberansangkan dari EuroStat seolah tidak diendahkan pasaran.

Di pasaran Eropah semalam, Pejabat EuroStat di Luxembourg melaporkan pengeluaran melonjak 2.1% pada bulan Januari, dibantu oleh pertumbuhan di Jerman, Perancis dan Itali. Daripada setahun yang lalu, pengeluaran meningkat 2.8%, kenaikan tahunan yang terbesar sejak 2011.  Walau bagaimanapun pasaran ekuiti Eropah bergerak lemah sekitar 30 mata semalam.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan kelulusan permit bangunan bulan Februari yang dijangka stabil pada 1.2 juta unit.  Pada masa yang sama, inflasi dijangka jatuh kembali kepada 0.2% di bawah sifar, manakala inflasi teras dijangka jatuh dari 0.3% kepada 0.2%.  Tiada laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat