EURUSD Analisa Fundamental Harian 18 April 2016

29

Euro Dollar melonjak lebih 65 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1316 sebelum menutup sekitar paras $1.1285; setelah ketiadaan data berimpak tinggi dari Euro-Zone dan pasaran berada dalam dagangan tipis menanti keputusan dari mesyuarat OPEC ahad semalam.  Data sentimen pengguna AS yang mengecewakan dengan kejatuhan dari 91 mata kepada 89.7 mata, berbanding jangkaan 91.9 mata menyebabkan Dollar kehilangan sokongan belian.

Penganalisis Reuters berkata para trader sedang menunggu mesyuarat IMF dan G20 di Washington untuk mencari tanda-tanda bahawa pemimpin kewangan dunia sedang dalam usaha mereka, untuk menarik sebahagian besar daripada ekonomi dunia keluar dari kemelesetan, dan kitaran hutang yang tidak berkesudahan serta inflasi yang sangat rendah.

[adrotate group=”6″]

“Minggu lepas kita mempunyai beberapa pergerakan menarik terutamanya dalam euro/dolar dan dollar/yen dan pemulihan meluas dalam sentimen pasaran,” menurut pakar ekonomi Rabobank, Philip Marley yang menambah bahawa langkah mengejut Bank Pusat Singapura untuk melonggarkan dasar telah menyemarakkan harapan untuk satu lagi pusingan rangsangan global.

Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone mahupun Amerika Syarikat hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat