EURUSD Analisa Fundamental Harian 2 Feb 2016

48

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-002

Euro Dollar melonjak lebih 95 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.0910 sebelum menutup sekitar paras $1.0885; setelah pengumuman data PMI bulanan Sepanyol membantu memberi Euro sedikit sokongan selepas ia dilaporkan sedikit lebih baik daripada jangkaan. Namun prestasi Perancis, ekonomi kedua terbesar di Euro-Zone, adalah membimbangkan. Pada masa yang sama, laporan ISM PMI pembuatan AS yang lemah semalam, menyebabkan Dollar hilang sokongan belian.

Sektor pembuatan Perancis merudum pada bulan Januari, menunjukkan kepada masalah besar dalam pengeluaran di negara itu. Secara keseluruhan, gambaran untuk Euro-Zone tidak begitu memberansangkan, dengan Itali meleset dari ramalan dengan margin yang besar, dan pertumbuhan di Perancis yang rata, sekaligus menunjukkan tidak ada sebarang peningkatan pada bulan Januari. Bacaan PMI memberikan skor industri antara 0-100, dengan angka di atas 50 mata menunjukkan pertumbuhan, dan angka di bawah 50 mata menunjukkan penguncupan.

[adrotate group=”6″]

Semalam Sepanyol melaporkan PMI pembuatan bulan Januari yang sedikit memberansangkan, dengan bacaan 55.4 mata berbanding jangkaan 52.5 mata dan 53 mata pada bulan sebelumnya.  Hari ini Jerman dan Sepanyol bakal melaporkan data pekerjaan yang bercampur-campur, dengan Sepanyol yang dijangka menambah 71,200 pekerjaan pada bulan Januari, berbanding kehilangan 55,800 pekerjaan pada bulan Disember.  Jerman pula dijangka hilang 7 ribu pekerjaan berbanding kehilangan 14 ribu pekerjaan pada sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat