EURUSD Analisa Fundamental Harian 20 April 2016

44

Euro Dollar melonjak lebih 80 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1385 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar $1.1357; setelah sentimen perniagaan Jerman bertambah baik bulan ini.  Dollar AS terus lemah menjelang mesyuarat Feds minggu depan dan sidang akhbar ECB Khamis ini juga menarik minat para trader.

Data ZEW Jerman bercampur-campur tetapi agak positif, sekaligus membantu Euro untuk mendapatkan sedikit sokongan belian. Penunjuk ZEW Jerman meningkat pada Mac selepas ketegangan pasaran susut, berbanding pada awal tahun ini. Kalendar ekonomi hari ini masih agak nipis, sekaligus membawa sentimen risiko dan harga minyak kekal sebagai pemacu utama pasaran bon teras. Lantunan bakal menekan pasaran bon teras walaupun dagangan dijangka perlahan menjelang mesyuarat ECB esok.

[adrotate group=”6″]

Di pasaran AS, Presiden Feds Boston, Encik Rosengren mengatakan bahawa ekonomi adalah lebih sihat daripada ramalan pasaran. Menurut beliau, pelabur menjangka Feds akan menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang. Ini mungkin akan menyebabkan kepanasan ekonomi yang memerlukan Feds akhirnya menaikkan kadar lebih cepat daripada yang diingini, yang boleh membahayakan pemulihan. Jadi, beliau masih menyukai kenaikan kadar yang berkala.

Hari ini Presiden ECB Encik Draghi bakal berucap pada pertandingan Generasi Euro di Frankfurt, dan beliau mungkin memberikan pandangan masa depan ekonomi Euro-Zone.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan jualan rumah sedia ada yang dijangka meningkat dari 5.08 juta kepada 5.29 juta unit dan inventori minyak mentah yang dijangka bertambah sebanyak 2.2 juta tong berbanding pertambahan sebanyak 6.6 juta tong minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat