EURUSD Analisa Fundamental Harian 20 Mei 2016

29

Euro Dollar susut lebih 45 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1180 sebelum menutup sekitar paras $1.1201; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada Dollar yang lebih kukuh dan data inflasi yang lemah dari Euro-Zone. Euro jatuh selepas data menunjukkan bahawa inflasi di Euro-Zone menjadi negatif seperti yang dianggarkan pada bulan April.

Data muktamad dari Eurostat menunjukkan bahawa indeks harmoni harga pengguna merosot 0.2% daripada tahun sebelumnya selepas kekal rata pada bulan Mac. Pada asas bulanan, inflasi kekal tidak berubah pada bulan April. dengan inflasi teras yang tidak termasuk tenaga, makanan, alkohol dan tembakau susut kepada 0.7%, sejajar dengan data yang disemak semula, dari 1%. Pasaran Eropah didagangkan dalam zon negatif, setelah data ekonomi AS yang memberansangkan dan komen agresif daripada pegawai-pegawai Feds yang mencetuskan kebimbangan mengenai kenaikan kadar seawal Jun depan.

Menurut Reuters Dollar memantapkan kedudukan dengan mencapai paras tertinggi sejak Mac dalam perdagangan sesi Eropah semalam, selepas kemungkinan meningkat terhadap peluang kenaikan kadar AS pada selewat-lewatnya September ini, memacu kenaikan hariannya yang terbesar dalam tempoh lima minggu.

Data yang lebih kukuh, retorik daripada Federal Reserve dan anjakan yang terhasil di pasaran wang telah memulihkan semula jangkaan kenaikan baru untuk matawang AS, di kalangan pengurus dana lindung nilai yang melihat Euro Dollar mencapai pariti pada setahun yang lalu. Namun dalam tahun pilihan raya AS, dengan pasaran yang curiga bahawa politik memainkan peranan dalam kejatuhan sejak Februari lalu, para pelabur kini lebih berhati-hati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat