EURUSD Analisa Fundamental Harian 20 Nov 2015

36

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar melonjak lebih 105 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.0760 sebelum menutup sekitar paras 1.0735; setelah Presiden Jerman Bundesbank Jens Weidmann seolah-olah menyokong rangsangan tambahan ECB tetapi agak negatif berkenaan ekonomi Jerman. Jangkaan pasaran adalah tinggi bahawa ECB akan menambah rangsangan lagi dalam beberapa bulan akan datang, dan penerbitan minit mesyuarat ECB untuk Oktober semalam boleh menarik minat yang ketara.

Di pasaran Amerika Syarikat, kebanyakan ahli majlis FOMC Federal Reserve AS menjangka ekonomi AS akan menjadi cukup kuat pada bulan Disember untuk mengharungi kenaikan kadar yang pertama dalam lebih sembilan tahun, menurut rekod minit mesyuarat 27-28 Oktober lalu. Beberapa pegawai percaya ekonomi adalah sudah cukup kuat pada masa itu untuk mewajarkan kenaikan.

[adrotate group=”6″]

Data sejak mesyuarat itu juga telah menyokong bahawa: laporan pekerjaan Oktober menunjukkan peningkatan yang paling kuat dalam pertumbuhan pekerjaan sepanjang tahun, dengan kenaikan sebanyak 271 ribu jawatan, dan kadar pengangguran jatuh kepada 5.0% – paras yang terendah dalam masa tujuh tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat