EURUSD Analisa Fundamental Harian 21 Mac 2016

34

Euro Dollar susut lebih 75 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1255 sebelum menutup sekitar paras $1.1275; setelah para pelabur mula mengambil untung belian sejak awal bulan lalu.  Euro telah meningkat nilai lebih 5 sen AS, apabila kadar tukaran EUR/USD meningkat dari paras terendah bulanan sekitar $1.08 ke setinggi $1.13 pada Khamis lalu.

Di pasaran Eropah, lebihan dagangan Euro-Zone dilaporkan susut pada bulan Januari dari €22.5 bilion kepada €21.2 bilion, terkesan dari penguncupan eksport yang disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih perlahan dalam negara-negara membangun. Selain itu, inflasi tahunan Euro-Zone mencapai -0.2% pada Februari, turun daripada 0.3% pada bulan Januari, dan di bawah sasaran ECB sebanyak 2%.

[adrotate group=”6″]

Pemulihan Euro-Zone stabil pada separuh kedua tahun lepas, ekoran permintaan global yang lebih rendah yang akhirnya memberi kesan kepada eksport dan mengimbangi momentum permintaan domestik. Lebih banyak berita positif datang daripada peningkatan pelaburan pada suku terakhir tahun lepas. Peningkatan dalam penggunaan awam, yang dikaitkan dengan pengurusan krisis pelarian terutamanya di Jerman, sekaligus mengimbangi kelemahan dalam penggunaan swasta.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah sedia ada yang dijangka menurun dari 5.47 juta unit kepada 5.32 juta unit.  Tiada sebarang laporan ekonomi dari Eropah hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat