EURUSD Analisa Fundamental Harian 22 Mac 2016

29

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $1.1284 ke serendah $1.1234, sebelum menutup sekitar paras $1.1241; setelah pasaran berada dalam dagangan tipis ekoran ketiadaan laporan ekonomi berimpak tinggi semalam. Dalam pada itu, pasaran Eropah diberitakan berada dalam tekanan selepas ECB memperkenalkan kadar negatif pada mesyuarat bulan ini.

[adrotate group=”6″]

Tindakan ECB memperkenalkan kadar negatif, dalam usaha untuk menjana aktiviti ekonomi, telah memaksa institusi kewangan tidak menyimpan dengan ECB dan mula mengatur strategi untuk memelihara nilai aset mereka.  Kadar negatif yang juga mencakupi bon korporat, kini mengancam simpanan pencen syarikat yang kebanyakannya bergantung kepada kadar ECB untuk menjana pulangan yang stabil.

Hari ini Jerman bakal melaporkan iklim perniagaan IFO yang dijangka bertambah baik dari 105.7 mata kepada 106.1 mata.  Tiada sebarang laporan dari AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat