EURUSD Analisa Fundamental Harian 23 Nov 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-014

Euro Dollar jatuh lebih 95 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.0640 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah ucapan dari Presiden ECB Mario Draghi dan Presiden Bank Pusat Jerman Encik Jens Weidmann.  Sebelum daripada itu, harga pengeluar Jerman dilaporkan jauh di bawah jangkaan. Euro jatuh buat kali pertama dalam tempoh tiga hari selepas Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi berkata pembuat dasar akan melakukan apa yang perlu untuk meningkatkan inflasi “secepat mungkin.”

Mata wang Eropah itu mendekati paras tujuh bulan terendah berbanding dolar dan lemah berbanding semua, kecuali satu, daripada 16 matawang utama yang lain. Encik Mario Draghi berkata di Frankfurt bahawa risiko pertumbuhan harga telah meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Beliau juga berkata bahawa pegawai-pegawai ECB tidak boleh mengabaikan inflasi teras yang rendah.

[adrotate group=”6″]

Encik Mario Draghi berkata bulan lepas, bahawa pembuat dasar ECB akan mengkaji semula tahap rangsangan monetari pada mesyuarat Disember ini. Sejak itu, euro telah jatuh lemah hampir 6% berbanding Dollar apabila para trader meningkatkan pertaruhan bahawa pegawai-pegawai ECB boleh melanjutkan program pembelian bon atau mengurangkan lagi kadar deposit. Presiden Bank Pusat Eropah Encik Mario Draghi telah menetapkan pentas untuk rangsangan selanjutnya dalam masa dua minggu, dengan berkata ECB akan melakukan apa yang perlu untuk mencapai matlamat inflasi dengan pesat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat