EURUSD Analisa Fundamental Harian 24 Sep 2015

29

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-010

Euro Dollar melonjak lebih 100 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1215 sebelum menutup sekitar paras 1.1185; setelah jatuh 3 hari berturut-turut sejak Jumaat lalu apabila para pelabur memberi reaksi kepada data PMI perkhidmatan dan pembuatan dari Perancis, Jerman dan Euro-Zone.

Di pasaran Eropah, Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) dipetik dalam kenyataan terakhirnya pada awal bulan ini bahawa, kerana kemerosotan dalam persekitaran luaran, ECB terpaksa menurunkan angka ramalan ekonominya, sekaligus membuka pintu kepada potensi pelonggaran kuantitatif. Berita yang mengecewakan dari China semalam, mungkin bermakna ECB terpaksa mengubah tempoh, komposisi, atau saiz QE bagi ekonominya.

[adrotate group=”6″]

Menurut Markit Ekonomics, Indeks Pengurus Pembelian Euro-Zone untuk pembuatan dan perkhidmatan susut kepada 53.9 pada September berbanding 54.3 pada bulan Ogos.  Laporan itu menunjukkan bahawa pesanan baru berkembang pada kadar terpantas dalam tempoh lima bulan dan bacaan untuk jumlah bahan mentah yang dibeli oleh pengeluar adalah pada paras tertinggi dalam masa 19 bulan, sekaligus menandakan peningkatan pengeluaran dalam bulan-bulan akan datang.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat