EURUSD Analisa Fundamental Harian 28 Oct 2015

37

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1080 ke serendah 1.1030; setelah para pedagang bersedia untuk keputusan Federal Reserve awal pagi Khamis esok dan mendengar komen tambahan dari ahli-ahli ECB yang lain, selepas Presiden Mario Draghi menjanjikan rangsangan tambahan pada bulan Disember ini.

Industri merupakan tulang belakang kepada ekonomi Eropah. Ia menghasilkan 80% daripada eksport Eropah, dan telah memandu pemulihan ekonominya.  Di Poland sebagai contoh – salah satu ekonomi Eropah yang baru membangun – KDNK (GDP) berkembang pada kadar melebihi 3% dan pertumbuhan pengeluaran perindustrian dijangka menjadi 5.5% pada tahun 2015.

[adrotate group=”6″]

Untuk memahami apa yang terjadi, majalah Real Economy membuat keputusan untuk mendapatkan perspektif daripada salah satu syarikat-syarikat terkemuka Poland – negara pembekal utama bas bandar dan pengeksport utama di Eropah – Solaris. “Jualan kami di tahun-tahun terakhir ini tidak menyaksikan penurunan yang besar. Ia adalah mungkin disebabkan oleh kehadiran kami di banyak negara dalam pasaran Eropah, dan juga diluar Eropah.

Dalam pasaran di mana terdapat penurunan, kami mencari pelanggan yang mahukan produk khas, ” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Solaris, Darrius Michalak.  Syarikat-syarikat seperti Solaris adalah kunci kepada ekonomi Eropah, ekoran industri automotif yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 12 juta orang di Eropah dan mencakupi 4% daripada KDNK (GDP) Euro-Zone.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat